Gambar hiasan. Foto: Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines memperkenalkan kempen ‘Time for Malaysia Airlines’ buat pengembara dari seluruh dunia merancang percutian akhir tahun dan pengembaraan 2026 menenjelang musim perayaan dan cuti hujung tahun.

Kempen yang berlangsung hingga 20 November itu menawarkan tambang istimewa Kelas Perniagaan daripada RM699 pergi balik dan Kelas Ekonomi daripada RM159 pergi balik untuk perjalanan sehingga 31 Oktober 2026.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata, kempen itu memberi peluang kepada pelanggan menikmati tawaran istimewa serta pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan bermakna.

“Melalui kempen ini, pelanggan boleh meneroka rangkaian luas penerbangan Malaysia Airlines merentasi Asia, Australia, Asia Barat dan Eropah termasuk destinasi popular seperti Kota Kinabalu, Phuket, London, Tokyo, Sydney, Hong Kong, Bangkok dan Kolkata.

“Selain tambang menarik, penumpang turut menikmati diskaun 15 peratus bagi lebihan bagasi di semua kelas kabin, bagi menggalakkan mereka mengembara dengan lebih selesa, bertemu insan tersayang dan menikmati kehangatan ‘Malaysian Hospitality’,” katanya dalam kenyataan itu.

Bagi penumpang yang mengutamakan kemewahan dan keselesaan, Kelas Perniagaan Malaysia Airlines menawarkan keseimbangan antara keselesaan dan keanggunan menjadikannya antara ‘Tiga Terbaik bagi Kelas Perniagaan’ dan ‘Ruang Istirahat Terbaik’ di Business Traveller Asia-Pacific Awards 2025.

Kemudahan yang ditawarkan termasuk tempat duduk boleh baring sepenuhnya, hidangan Chef-on-Call, minuman tandatangan MH, daftar masuk keutamaan, elaun bagasi besar serta akses ke Golden Lounge dan ruang istirahat rakan kongsi di seluruh dunia.

Kelas Ekonomi Malaysia Airlines pula diiktiraf sebagai Kelas Ekonomi Terbaik di Business Traveller Asia-Pacific Awards 2025.

Penumpang kini menikmati keselesaan melalui tempat duduk ergonomik pesawat A330neo, perkhidmatan mesra serta hidangan yang menonjolkan cita rasa Malaysia.

Selain itu, sistem hiburan dalam pesawat menampilkan skrin 13.3 inci 4K dengan sambungan Bluetooth, ‘Kids Mode’ dan kawalan ibu bapa bagi kemudahan keluarga yang membawa anak kecil.

Kanak-kanak turut menerima Kid’s Giveaway Pack yang mengandungi buku mewarna, pelekat dan permainan.

Penumpang juga boleh menempah hidangan pilihan lebih awal atau mencuba menu khas Best of Asia yang menampilkan hidangan seperti Vietnamese Gà Kho Tàu, ayam karamel wangi disajikan bersama nasi dan sayuran segar, ditawarkan dari 1 November hingga 31 Disember 2025 bagi penerbangan terpilih dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak dan destinasi serantau.

Ahli program Enrich turut menikmati diskaun tambahan lima peratus serta tawaran penebusan khas sepanjang tempoh kempen di mana pelanggan boleh mendaftar secara percuma di enrich.malaysiaairlines.com untuk menebus penerbangan, ganjaran gaya hidup dan faedah eksklusif bersama Malaysia Airlines serta rakan kongsi globalnya.

Program Enrich diiktiraf sebagai Program Penumpang Kerap Terbaik di Business Traveller Asia-Pacific Awards 2025, mengukuhkan kedudukannya sebagai program ganjaran pilihan di rantau ini.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi malaysiaairlines.com, melalui aplikasi mudah alih Malaysia Airlines ataupun melalui ejen pelancongan bertauliah di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast