Lima rumah teres musnah dalam kebakaran di Jalan Tun Fatimah, Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru, malam tadi.

JOHOR BAHRU – Lima rumah teres musnah dalam kebakaran di Jalan Tun Fatimah, Kampung Kangkar Tebrau, di sini, malam tadi.

Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana difahamkan penghuninya sempat keluar menyelamatkan diri.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penguasa Bomba Kanan 1 Shahril Sapar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.12 malam.

“Sebaik menerima panggilan satu jentera fire rescue tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama-sama 15 anggota dihantar ke lokasi sejauh empat kilometer.

“Sebaik tiba ke lokasi kebakaran melibatkan rumah teres berkeluasan 80 x 40 kaki dan operasi dilakukan dengan sumber air pam jentera dan pili bomba berdekatan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Shahril, semua rumah berkenaan musnah 80 peratus, kebakaran dapat dikawal pukul 9.35 malam sebelum operasi tamat pukul 12 tengah malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast