Tangkap layar Pempengaruh dan pengacara, Zhiddin Aziz

KUALA LUMPUR – Aktiviti mengutip bayaran parkir kereta secara haram yang dijalankan ‘ulat parking’ di kawasan Bukit Bintang, di sini semakin berleluasa.

Menerusi video yang direkodkan oleh pempengaruh dan pengacara, Zhiddin Aziz, 22 perbualannya individu yang kononnya menjaga kawasan parkir di situ dipercayai meminta bayaran sebanyak RM15.

Menerusi video berdurai 49 saat tersebut, individu yang tidak dapat disahkan sama ada warga tempatan atau warga asing itu mendakwa mendapat lesen untuk menjaga kawasan parkir di Bukit Bintang daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“RM15 bayaran parking. Siapa bagi lesen? DBKL? DBKL tidak bagi lesen kepada warga asing. Kalau saya tidak mahu bayar?,” soalnya.

Tinjauan MalaysiaGazette ke ruangan komen mendapati ramai yang mendesak penjelasan daripada DBKL.

Dalam masa yang sama ada yang mendakwa turut menjadi mangsa ulat parking, baru-baru ini.

“Jom memeriahkan TikTok DBKL guys,” kata Mohd Hasrol.

“kalau tak bayar dia yang calarkan kereta kita,” kata Tyna S.

“Main petik je DBKL Dia tahu ke apa itu DBKL,” kata StaceMJ.

Malah ada netizen yang mendakwa pernah membayar RM30 di parkir di Kawasan itu.

“Aku kena RM30 di Bukit Bintang,” kata Coffee Tanpa Susu.

Terdapat juga warga net yang menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan segera untuk menghentikan aktiviti tersebut.

“Tolonglah PDRM, jadi barah nanti,” kata Ajuha.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast