KUALA LUMPUR – Seorang calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Dusi Gingging yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terpaksa dikejarkan ke hospital, hari ini.
Dusi yang tiba-tiba mengadu tidak sihat ketika menunggu cabutan undi calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran terpaksa dibantu oleh calon Barisan Nasional (BN) Sulaman, Dr Shahnon Rizal Thaijuddin dan calon Parti Warisan Tamparuli, Dr Joseph Lee.
Menerusi satu rakaman video yang tular, Dusi dilihat diusung ke ambulans untuk dibawa ke Hospitan Tuaran bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Meskipun mengalami masalah kesihatan, beliau sempat menyerahkan borang pencalonannya dan disahkan layak bertanding pada Pilihan Raya DUN Sabah Ke-17. -MalaysiaGazette
















