Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor bersama para penyokong hadir bagi menyerahkan borang penamaan calon DUN Sulaman sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Seri Sulaman, Tuaran. Foto MALAYSIAGAZETTE, 15 NOVEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru antara Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) dan beberapa parti lagi.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berdepan saingan enam penjuru.

Bung Moktar dicabar calon Johainizamshah Johari daripada GRS,  Mohd Saifulah Lokman daripada Warisan, Mazlin Madali dari PN, Salahuddin @ Salehuddin Anoi daripada Parti Impian Sabah (PIS), dan calon bebas, Mohd Ismail Ayob.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menentang empat lagi calon iaitu dari BN, PN, Warisan, dan Parti Impian Sabah (PIS).

Hajiji akan menentang calon dari BN, Dr Shahnon Rizal Thajuddin, calon dari Warisan, Mokhtar Hussin, calon dari PN, Tiaminah @ Siti Aminah Ele dan calon dari PIS, Pajudin Nordin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast