Datuk Seri Mohamad Sabu.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menggalakkan sistem ladang tertutup berteknologi tinggi bagi memastikan kadar sara diri dan keselamatan makanan di negara ini terus terjamin.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, antara inisiatif yang diambil dengan memperluaskan galakan cukai sehingga 31 Disember 2027 untuk membantu penternak beralih kepada sistem yang lebih moden.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar pula sentiasa memberi bimbingan teknikal dan memastikan amalan biosekuriti dipatuhi.

“Model ternakan moden seperti Modern Pig Farming (MPF) dan Pig Farming Area (PFA) di Simunjan, Sarawak dan Tongod, Sabah menjadi contoh bagaimana industri ini boleh ditransformasi dengan lebih bersih, mampan dan selamat,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN- Kuantan) mengenai perancangan kementerian ke atas penternakan khinzir secara tertutup dan moden.

Mengenai isu jeti  Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Piai, Johor, Mohamad menjelaskan, terdapat tiga jeti yang digunakan oleh 118 orang nelayan, semuanya diurus secara telus oleh Persatuan Nelayan Kawasan.

“Siapa pun nelayan, boleh menggunakan kemudahan ini, tiada halangan, tiada amalan menekan pihak kecil.
“LKIM bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan dan pihak berkuasa tempatan sentiasa pantau supaya tidak ada cubaan memonopoli atau mengenakan caj sesuka hati.
“Jeti ini milik komuniti nelayan, bukan milik mana-mana kelompok tertentu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast