Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul ketika sidang media khas bagi menjelaskan pendirian serta tindakan susulan Malaysia berhubung pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat di Menara MITI. Foto MUHAIMIN MARWAN, 9 JULAI 2025

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) esok akan diberi jawatan baharu pada Rabu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Tengku Zafrul perlu terus menggalas tanggungjawab dalam kerajaan kerana kepakaran yang dimilikinya tidak boleh dibiarkan.

Apatah lagi, kepimpinan beliau menerajui MITI dan agensi di bawahnya sangat membanggakan dan menampakkan kejayaan yang baik, ujarnya.

“Beliau masih ada tanggungjawab dan tidak boleh dilepaskan. Beliau akan berakhir sebagai Menteri MITI pada pada 2 Disember ini.

“Beliau akan terus kerja yang saya akan diumumkan pada 3 Disember ini.

“Ini juga memberi isyarat selain penghargaan apa yang beliau lakukan bahkan jaringan dagangan antarabangsa dalam dua tahun ini.

“Peranan MITI dan keluarga MITI di bawah Tengku Zafrul juga sangat membanggakan dan nampak kejaayan yang baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kenderaan Elektrik (EV) pertama Perodua di Menara MITI di sini hari ini.

Sebelum menyertai Kabinet, Tengku Zafrul berkhidmat lebih 22 tahun dalam industri perbankan dan perkhidmatan kewangan, termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, serta Presiden Pesuruhjaya PT Bank CIMB Niaga di Indonesia.

Tengku Zafrul dilantik Kabinet dalam kapasiti sebagai seorang senator bermula Menteri Kewangan pada 9 Mac 2020 oleh Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Beliau memulakan penggal kedua sebagai anggota Dewan Negara pada Disember 2022, yang merupakan jumlah maksimum penggal yang dibenarkan dan terpaksa melepaskan jawatannya di MITI.

Selain Tengku Zafrul, tiga menteri lain dijangka menamatkan penggal pertama sebagai senator esok ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast