Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa polis hampir melengkapkan kertas siasatan (IP) berkaitan kes kematian Syamsul Haris. Beliau menerima taklimat daripada Pengarah CID dan Ketua Polis Negara, dengan pengesahan bahawa terdapat perbezaan antara laporan perubatan awal dan penemuan siasatan terbaharu pihak polis.















