KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Johor dan Sarawak sehingga esok.

Menurut Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip, kawasan tersebut adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan,Sarikei, Meradong) dan Sibu.

Selain itu, amaran waspada turut dikeluarkan bagi
Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri & Marudi) sehingga Selasa.

Amaran cuaca berkenaan dikemas kini pada 4 petang tadi.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast