Roslan Mohd Talib

TANGKAK – Seorang peniaga kedai telefon rugi RM80,000 selepas diperdaya ketika membeli kad tambah nilai yang dibelinya secara dalam talian pada awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditawarkan kad tambah nilai tersebut pada 1 Disember lalu.

“Bersetuju dengan tawaran tersebut mangsa melakukan 14 transaksi dalam dua akaun syarikat yang diberikan suspek pada 1 dan 2 Disember lalu.

“Mangsa menyedari ditipu apabila tidak memperoleh barangan seperti yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis di sini semalam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun serta disebat dan denda.

“Polis Daerah Tangkak menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan pembelian dalam talian yang melibatkan transaksi yang besar,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast