Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata, kerajaan menjimatkan sebanyak RM800 juta setakat ini hasil daripada pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON96 (BUDI95).

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasil daripada setiap penjimatan itu dipulangkan kembali kepada rakyat melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Penjimatan menerusi inisiatif BUDI95 juga digunakan bagi menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara, katanya yang juga Menteri Kewangan.

“Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani menerusi BUDI95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing serta puluhan ribu liter yang diseludup ke luar negara,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Terdahulu, menurut Anwar, sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap kerajaan yang memerintah, namun tiada yang punyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast