Penguat Kuasa JAS melakukan pemeriksaan berikutan terdapat aduan bau hangit di beberapa tempat di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Tular dalam media sosial rungutan serta aduan penduduk berhubung bau hangit di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini sejak beberapa hari lalu.

Aduan yang dikongsi penduduk mendakwa bau hangit kerap dikesan pada waktu malam sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan dan kesihatan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor yang maklum mengenai aduan tersebut, menjalankan siasatan dan meningkarkan pemantauan semalam di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

“Walau bagaimanapun, tiada bau hangit dikesan di lokasi yang diadu semasa siasatan dijalankan.

“Pemeriksaan telah dijalankan antaranya di Bandar Dato’ Onn, Bandar Setia Tropika, Kampung Sepakat Baru, Kampung Seri Aman, Kampung Tawakal, Kampung Sinaran Baru dan Kampung Maju Jaya.

“JAS Negeri Johor akan terus komited dalam menjalankan pemantauan dan siasatan bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar serta kesihatan awam sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast