Mayat lseorang lelaki dengan kesan kecederaan di bahagian belakang leher dan kepala ditemui di tepi Jalan Bukit Serampang, Tangkak hari ini.

TANGKAK – Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan di bahagian belakang leher dan kepala ditemui di tepi Jalan Bukit Serampang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menerima maklumat penemuan mayat tersebut menerusi panggilan MERS999 pada pukul 8.50 pagi.

“Satu mayat seorang lelaki yang tidak dikenali ditemui dan mendapati mangsa merupakan lelaki warga asing dan tiada dokumen perjalanan diri ditemui.

“Hasil pemeriksaan di tubuh badan mangsa mendapati beberapa kecederaan di bahagian belakang leher dan kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Beliau memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Tambahnya, mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Shahridhathul Aflaha Ismail 019-2699573 atau bilik gerakan 06-978 5222.

Terdahulu foto-foto yang memaparkan penemuan mayat tersebut tular dalam media sosial.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast