Azrol Anuar

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan selepas menemukan lebih satu kilogram dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di Taman Perling di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, menerusi serbuan pukul 8.30 malam, lelaki berusia 55 tahun dan seorang wanita berusia 42 tahun ditahan.

“Polis turut merampas dadah yang disyaki heroin dengan berat 1,353.41 gram yang mana nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM10,827.28.

“Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan mampu digunakan oleh seramai 6,768 orang penagih atau pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azrol, semakan rekod mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing juga mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah morfin.

Beliau memberitahu, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa ini.

Azrol Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast