JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.
Pertemuan tersebut diadakan pukul 11 pagi dan berlangsung dalam masa kira-kira lebih satu jam.
Perdana Menteri menyembah maklum perkembangan semasa negara dan turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat.
Anwar juga mendoakan semoga baginda dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta berada dalam lindungan Allah SWT.- MalaysiaGazette
















