Gambar hiasan

TANGKAK – Dua wanita termasuk seorang warga emas maut setelah kereta mereka dilanggar pacuan empat roda yang hilang kawalan akibat terlanggar seekor kerbau melintas di KM33 Jalan Kebun Baru-Bukit Serampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, kejadian pada 8.15 malam berlaku selepas Mitsubishi Triton yang hilang kawalan itu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Honda City dinaiki empat sekeluarga.

“Kemalangan menyebabkan penumpang hadapan kereta, iaitu wanita warga emas 74 tahun maut di tempat kejadian manakala pemandu 42 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua lagi penumpang kereta dan pemandu pacuan empat roda itu turut cedera dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast