Seorang remaja perempuan dikenali Anis Farhana Azrul dilaporkan hilang di Kampung Melayu Subang, Selangor sejak semalam.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta mengesan seorang remaja perempuan dikenali Anis Farhana Azrul yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Kampung Melayu Subang dekat sini sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pukul10.07 malam pada hari sama.

Mangsa iaitu Anis Farhana berusia 16 tahun dilaporkan keluar daripada rumahnya di Lot 6856-F, Lorong Kemboja Kampung Melayu Subang, Shah Alam pukul 8.50 malam.

Remaja itu berbadan kurus, berketinggian 145 sentimeter (cm) dengan berat 35 kilogram (kg), berkulit hitam manis, rambut paras bahu berwarna hitam dan kerinting, berwajah bujur serta bermata bulat warna hitam.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai t-shirt lengan panjang warna kelabu, berseluar jeans panjang warna hitam, bertudung hitam dan berselipar warna biru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat berhubung mansga diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 0126550262. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast