sekolah vernakular
Chong Sin Woon

KUALA LUMPUR – MCA Pahang mempersoalkan mesej yang hendak disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail apabila berkatalebih mudah berurusan dengan DAP berbanding MCA’ di negeri itu.

Tegas Datuk Chong Sin Woon yang juga Setiausaha Agung MCA perbandingan tersebut memberi tanggapan negatif terhadap parti itu.

Jelasnya, Wan Rosdy sepatutnya menjelaskan secara terperinci kesukaran yang dihadapinya apabila berurusan dengan MCA.

Berkenaan urusan atau isu apa dan siapa? Ini penting supaya kami khususnya MCA Pahang dapat mengetahui secara jelas apa yang dimaksudkan,” katanya menerusi kenyataan.

Ujar beliau, MCA Pahang selaku rakan komponen BN sentiasa komited untuk menjaga kepentingan rakyat khususnya mengembalikan sokongan masyarakat orang Cina terhadap parti itu di samping mempertahankan ideologi parti yang moderat dan tidak ekstrem.

Namun katanya, biarlah masyarakat menilai untuk memilih antara MCA atau DAP.

Sin Woon dalam masa yang sama menggesa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang itu menyatakan tentang nasihat DAP tentang ketirisan seperti yang dikatakannya.

Adakah sebab mereka mengaku salah kerana tohmahan terhadap kilang Lynas dan Benteng Tembok Besar China di Kuantan?,” soalnya.

Wan Rosdy dilapor berkata, kehadiran wakil DAP dalam pentadbiran Pahang yang diketuainya membantu memudahkan urusan kerajaan negeri.

Malah tambahnya, kadangkala lebih mudah berurusan dengan Exco DAP berbanding dengan MCA.

Sebagai contoh, kata beliau, parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu banyak menyokong inisiatif kerajaan negeri seperti pemberian bantuan kepada penjawat awam. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast