Seorang murid teruja hadir pada sesi persekolahan baharu di SK Dato Onn Jaafar, Simpang Renggam, Kluang, hari ini.

KLUANG – Ibu bapa menyifatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 sebagai tepat pada masanya dalam situasi harga barang naik ketika ini dan sempena pembukaan sesi baharu sekolah.

Tinjauan mendapati BAP sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban merekanyang perlu membayar yuran sekolah serta keperluan persekolahan.

Suri rumah, Siti Fadzilah Mohamad Noor bersyukur kerana bantuan berkenaan dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan anak-anaknya dalam keadaan semua.

“Sangat-sangat membantu untuk pembelian buku, pembayaran yuran dan perbelanjaan beli pakaian. Beli baju sekolah sekarang memang terlalu tinggi harganya untuk dua anak saya yang bersekolah,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, Simpang Renggam di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan lebih RM87 juta di bawah BAP bagi negeri Johor, dengan RM127,000 diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar.

Bagi pereka grafik bebas, Mohd Faizal Hashim, bantuan tersebut sedikit sebanyak membantu perbelanjaan yang kurang.

“Pada saya, bantuan ini bermakna untuk golongan bawahan kerana dapat jugala membantu apa-apa yang kurang. Jadi saya berterima kasih kepada kerajaan yang bantu kami semua,” ujarnya.

Jurutera, Mohd Ameer Ali pula tidak menafikan bantuan berkenaan melegakan sedikit perbelanjaan harian untuk anaknya.

Sementara itu, hari pertama persekolahan di SK Dato Onn Jaafar berlangsung meriah dengan gurunserta maskot menyambut kedatangan murid seawal 6.30 pagi.

Bagi memeriahkan hari tersebut, pihak sekolah memberi penganugerahan kepada 40 murid dan tiga guru terawal hadir ke sekolah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast