Kerajaan Selangor menafikan dakwaan pembangkang bahawa negeri itu merancang untuk menjadi pengeksport babi terbesar, sebaliknya menegaskan penternakan babi sedia ada hanya bertujuan memenuhi keperluan tempatan masyarakat bukan Islam. Exco Infrastruktur Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata isu tersebut dipolemikkan sehingga menyentuh sensitiviti kaum, selain memaklumkan perkara berkenaan telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor.















