Seorang penganggur ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan khianat dengan api hingga menyebabkan enam buah rumah terbakar di Kampung Johan Setia, Klang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superitenden Kamalariffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam 2 petang.















