Bunga ros yang dirampas AKPS dalam satu pemeriksaan di Zon Perdagangan Bebas KLIA, semalam. - Foto Ihsan AKPS

KUALA LUMPUR – Cubaan mengimport bunga ros segar tanpa permit sah digagalkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selepas pihak berkuasa merampas komoditi pertanian seberat 46 kilogram.

Rampasan itu dilakukan di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) KLIA Kargo semalam ketika pemeriksaan ke atas konsainan import yang disyaki tidak mematuhi peraturan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

“Operasi dilakukan pada jam lebih kurang 1 petang dan hasil semakan mendapati tiga kotak tersebut merupakan bunga ros segar yang diimport dari India tanpa kebenaran dan permit sah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport komoditi pertanian tanpa permit import MAQIS yang sah.

“Kesemua barangan rampasan telah ditahan bagi tindakan lanjut mengikut prosedur serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

AKPS turut menegaskan komitmen berterusan dalam memperketat kawalan kemasukan barangan pertanian ke negara ini bagi melindungi keselamatan biosekuriti negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast