KUALA LUMPUR – Seorang lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini, susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa kes berprofil tinggi dalam institusi ketenteraan memasuki fasa pendakwaan.
Individu berkenaan ialah bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar, 60, dijadualkan dituduh sekitar jam 9 pagi.
Beliau tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kira-kira 8.25 pagi tadi dan dilihat menggunakan tongkat
Menurut SPRM, pendakwaan itu dibuat selepas pihaknya menerima keizinan Peguam Negara susulan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan pecah amanah semasa beliau masih berkhidmat.

Sumber memaklumkan, Mohd Nizam akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan penggunaan kedudukan bagi kepentingan tertentu.
Beliau turut dijangka didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, selain satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima benda berharga tanpa balasan sebagai penjawat awam.

Pendakwaan itu merupakan sebahagian daripada siri siasatan SPRM melibatkan pengurusan kewangan dan perolehan dalam ATM, termasuk kes yang dikaitkan dengan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera.
Semalam, bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri ketiganya, Salwani Anuar @ Kamaruddin dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram.
Hafizuddeain turut dijadualkan menghadapi dua lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, manakala Salwani akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.
SPRM mengesahkan, dua lagi pegawai kanan ATM masih dalam siasatan dan kertas siasatan dijangka dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Kes ini turut mempunyai kaitan dengan siasatan terdahulu apabila seorang bekas Pegawai Tentera Darat bersama dua isterinya ditahan pada 7 Januari lalu berhubung projek perolehan tender Tentera Darat. -MalaysiaGazette
















sorang dtg berkerusi roda, sorang bertongkat pula…wayang apa sedang ditayangkan..wang kulit atau opera cina. mungkinkah KIFARAH kerana makan benda yg dibeli dgn duit HARAM.