Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian utara, sehingga 31 Jan ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata penumpuan angin pula dijangka berlaku di Sabah, Labuan dan Sarawak bermula pada 29 hingga 31 Jan ini.

“Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook MetMalaysia hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast