Annuar Musa. Foto MUHD NA’IM, 15 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Tan Sri Annuar Musa meminta Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) supaya mengembalikan dasar ‘Wilayah Bebas Berniaga’.

Katanya, dasar itu membolehkan peniaga berniaga secara percuma termasuk mereka yang tidak berlesen dengan permohonan lesen dipermudahkan.

“Sila laksanakan dasar ini yang dulunya memberi munafaat kepada hampir 10,000 peniaga..

“Jom,kita mulakan dasar ini bulan Ramadhan ini….tak perlu nak spin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

May be an image of text that says "Dahulu Vs Sekarang Perbandingan Kadar Sewa Tapak Bazar Ramadan DBKL DAHULU VS SEKARANG Tan Sri Annuar Musa Dato' Seri Shahidan Kassim Mac 2020 Ogos 2021 Kerajaan Perikatan Nasional Ogos 2021 hingga Oktober 2022 Kerajaan Perikatan Nasional Hannah Yeoh Dr Zaliha binti Mustafa 12 Disember 2023 hingga Disember 2025 Kerajaan Perpaduan 1 Januari 2026 hingga kini DAHULU Kerajaan Perpaduan RM2000- RM10,000 (Harga Penganjur) SEKARANG RM500 RM400 (Termasuk Deposit) (Bersih) Diuruskan oleh Persatuan Persatuan/Swasta Swasta Diuruskan Terus oleh DBKL"

Beliau mengulas poster tular yang memaparkan perbandingan kadar sewa tapak bazar ketika beliau memegang jawatan tersebut, yang didakwa mencecah antara RM2,000 hingga RM10,000.

Caj itu adalah harga penganjur dan diuruskan oleh persatuan atau swasta.

Manakala kadar sewa tapak bazar di bawah pimpinan Kerajaan Madani oleh bekas menteri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Hannah, masing-masing ditetapkan pada kadar RM500 dan RM400, selain diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kalau nak berbohong pun biar berpada-pada,” kata Annuar lagi.

Annuar melaksanakan inisiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’ di Wilayah Persekutuan pada 15 November 2020.

Inisiatif itu dibuat bagi membolehkan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia saja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast