Pemain sayap dari Korea Selatan, Kim Ji-ho. Foto FB Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Selangor FC menambah bisa di bahagian serangan apabila membawa masuk pemain sayap dari Korea Selatan, Kim Ji-ho bagi menghadapi baki Liga Malaysia musim 2025/26.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan produk pembangunan bola sepak Korea Selatan di pelbagai peringkat akademi termasuk sistem Suwon Samsung Bluewings dan Seongnam FC.

Selepas itu, Ji-ho telah melanjutkan perkembangan kariernya di peringkat universiti bersama Korea University.

Ji-ho mula beraksi pentas profesional pada Julai 2024 apabila menyertai Suwon Samsung Bluewings dan sejak itu telah mengumpul 22 penampilan kompetitif selain menyumbang empat gol serta tiga bantuan jaringan dalam saingan K League 2 dan Korea Cup.

Kehadirannya dijangka memberikan lebih variasi dan daya ancaman di bahagian serangan, sekali gus membantu pasukan dalam saingan Liga Super Malaysia serta ACC Shopee Cup 2025/26. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast