Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abduk Kadir merasmikan Program Jom Masuk U (2026) JMU 2026) bagi Zon Wilayah (Premier)  anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM, sempena Hari Terbuka Putrajaya di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Pelajar yang tak cemerlang dalam peperiksaan tidak bermakna mereka telah kehilangan peluang kedua untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana golongan itu masih memiliki kelebihan masing-masing sekiranya diberi peluang dan ruang untuk membuktikan kemampuan mereka.

Menurut beliau, melalui Pelan Pendidikan Tinggi Nasional, kerajaan membuka laluan alternatif kepada pelajar yang kurang menonjol dalam peperiksaan termasuk mereka yang mempunyai kelebihan dalam bidang lain.

“Jangan sama sekali, saya sering kali sebutkan jangan sama sekali menganggap anak-anak kita tak pandai. Ada seorang yang boleh bergelar profesor, ada mereka yang tidak bergelar profesor tetapi dia menjadi profesor di dalam bidang-bidang mereka yang lain, ingat itu.

“Dan begitu juga ada di kalangan anak-anak kita mungkin datang daripada pelbagai latar belakang. Dia mungkin tidak ada ruang dan peluang diberikan kepada mereka. Sebab itu saya beritahu kepada Naib-Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan lain-lain, musim inilah yang memerlukan keprihatinan kita untuk turun ke bawah.

“Memasang telinga kita, mendengar cerita rakyat, kisah anak-anak yang hebat tetapi tidak dapat tempat untuk belajar hanya disebabkan oleh kemiskinan mereka,” katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abduk Kadir hadir ke Program Jom Masuk U (2026) JMU 2026) bagi Zon Wilayah (Premier)  anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sempena Hari Terbuka Putrajaya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Jom Masuk U (2026) JMU 2026) bagi Zon Wilayah (Premier)  anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sempena Hari Terbuka Putrajaya di sini, hari ini.

Berbeza dengan lokasi lain, program itu berlangsung selama empat hari bagi memberikan ruang yang lebih luas kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat.

Sebanyak 62 buah reruai telah disediakan yang merangkumi penyertaan daripada 20 universiti awam, 20 universitiu, gabungan Politeknik/Kolej Komuniti, serta 21 agensi awam.

Mengulas lanjut,  Zambry berkata, program JMU diadakan bagi membantu pelajar dan ibu bapa memahami laluan pendidikan yang sesuai khususnya dalam kes pelajar yang mempunyai keputusan baik tetapi tersilap memilih kursus atau kombinasi yang tidak sepadan.

Beliau berkata, ketika ini negara mempunyai 20 universiti awam, 36 politeknik dan 106 kolej komuniti yang menawarkan pelbagai laluan pendidikan, sekali gus membuktikan peluang melanjutkan pengajian tidak pernah tertutup.

“Minat tinggi dalam kalangan pelajar untuk memasuki universiti menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan walaupun terdapat tekanan dan rungutan berhubung kegagalan memperoleh tempat pengajian walaupun memiliki keputusan akademik yang baik.

“Ada ibu bapa bertanya kenapa anak mereka yang memperoleh keputusan cemerlang tidak mendapat kursus dipohon.

“Hakikatnya, pemilihan kursus mempunyai padanan dan kombinasi tertentu yang perlu difahami,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan turut memperkukuh laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kini setara dengan pendidikan akademik sehingga ke peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah.

Katanya, laluan TVET membolehkan pelajar bermula di kolej komuniti, melanjutkan pengajian ke politeknik, seterusnya ke universiti teknikal awam. – MalaysiaGazette

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abduk Kadir hadir ke Program Jom Masuk U (2026) JMU 2026) bagi Zon Wilayah (Premier)  anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sempena Hari Terbuka Putrajaya di sini, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast