SHAH ALAM – Pemuda Pas mengecam keras tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang dikatakan ‘mengherdik’ Pesuruhjaya Pas Selangor.
Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata,
ia bukan sikap seorang pemimpin matang tetapi cerminan kegagalan mengurus kritikan secara berhemah.
Ia ekoran kenyataan Amirudin semasa berucap pada Konvensyen PKR baru-baru ini mengulas isu penternakan babi dan melabelkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab. Halim Tamuri sebagai ‘bodoh’.
Sebelum itu, Ab Halim dikatakan mendesak kerajaan negeri mengawal pencemaran akibat peternakan babi di Selangor.
Dalam pada itu, dalam sidang media hari ini, Mohamed Sukri juga berkata, Pemuda Pas memanjangan keresahan penduduk Puchong dan Kinrara dengan cadangan pembangunan mega 169 ekar berhampiran Hutan Simpan Ayer Hitam.
Pemuda Pas Selangor mahu kerajaan negeri menghentikan segera projek dan Penilaian Impak Sosial dan mewartakan semula kawasan sebagai hutan simpan negeri.
Pihaknya juga mahu kerajaan negeri membentangkan data sebenar rumah mampu milik yang dimohon dan disiapkan
“Selangor bukan milik pemaju, Selangor milik rakyat. Pemuda Pas Selangor akan terus bangkit dan menggerakkan jentera menuju PRU-16,” katanya. – MalaysiaGazette
















