Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Bekalan Air Berjadual (BAB) yang mula dilaksanakan di Kluang dan Pontian sejak 7 Februari lalu termasuk penjadualan 48 jam tanpa bekalan air mengikut zon, kini ditamatkan sepenuhnya.

Keputusan  dibuat susulan perkembangan positif paras air Empangan Machap serta loji rawatan air yang kini beroperasi secara optimum selepas tempoh pemantauan rapi, kata satu kenyataan Ranhill SAJ.

Dengan penamatan itu, bekalan air terawat disalurkan seperti biasa kepada semua kawasan terlibat.

Para pengguna dinasihat agar terus mengamalkan penggunaan air secara berhemah.

“Ranhill SAJ akan terus memantau keadaan semasa bagi memastikan kestabilan bekalan dapat dikekalkan,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast