Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkongsi laporan polis dan kenderaan dipecahkan suspek.

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes pecah cermin kereta dan kecurian beg tangan milik Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di parkir Taman Persekutuan Bukit Kiara, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengadu sekitar jam 7.49 malam, semalam.

“Kejadian berlaku antara  jam 6.15 petang hingga 7 malam ketika mangsa pergi bersenam di taman rekreasi berkenaan.

“Mangsa meletakkan kereta dalam keadaan berkunci di petak parkir. Setelha bersenam, pengadu mendapati cermin hadapan sebelah kiri telah dipecahkan.

“Akibat kejadian itu, mangsa kehilangan beg tangan mengandungi telefon bimbit dan wang tunai dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM6,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di sekitar lokasi kejadian bagi membantu mengenal pasti suspek.

“Kita telah menjumpai sebanyak tiga cap jari pada kenderaan mangsa dan telah dihantar ke Bahagian Identifikasi Forensik (BIOFIS) Bukit Aman untuk tujuan pengecaman,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan Teresa Kok mendakwa mengalami kerugian sekitar RM2,000 selepas kenderaannya dipecah dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, ketika beliau berjoging sejurus hujan lebat berhenti.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast