KUALA LUMPUR- Anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.
Berita sedih itu dikongsi Amyza menerusi hantaran Instagram Story sebentar tadi.
“Assalammualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya pada hantaran berkenaan.
Menerusi perkongsian duka itu, Amyza turut berkongsi foto seorang pegawai perubatan yang sedang melakukan pemeriksaan kepada Andre Mikhail. – MalaysiaGazette
















