KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 11 gerobok besi beroda yang ditinggalkan peniaga di tempat awam sekitar Pasar Karat Lama, Lorong Sultan, Jalan Petaling.

DBKL berkata, sitaan dibuat susulan amaran dan notis penguatkuasaan telah dikeluarkan sebelum ini untuk mengosongkan tapak.

Ujarnya, amaran dan notis sebelum ini dikeluarkan menerusi kesalahan dibawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Tindakan penguatkuasaan pindah halangan dan peralatan perniagaan terhadap gerobok besi beroda yang dijadikan stor barangan dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk rekod dan dokumentasi selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, DBKL mengingatkan semua pemilik atau peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta menjaga kebersihan kawasan awam selepas aktiviti perniagaan tamat.

“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa.

“Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut,” jelasnya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast