KUALA LUMPUR – Pelawak, Shuk Sahar berkongsi berita sedih diatas kehilangan bapanya, Mohamed Sahar, semalam.
Pemergiaan bapanya itu disahkan di Instagram Story milik Shuk, 39 atau nama penuh, Mohamad Shukri Mohamed Saha di sini.
Menerusi hantaran itu, pelakon dan penyampai radio itu meminta agar semua salah silap arwah bapanya diampunkan.
“Assalamualaikum, minta sendekahkan al-Fatihah untuk ayah saya yang baru saja menghembuskan nafas terakhir tadi.
“Minta halalkan segala hutang dan maafkan segala salah silap beliau,” tulis Shuk.
Shuk bagaimanapun tidak menyatakan butiran terperinci punca kematian dan butiran pengebumian bapanya. – MalaysiaGazette
















