KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di enam kawasan di Semenanjung Malaysia.
Katanya, kawasan yang terbabit adalah Padang Terap (Kedah), Hulu Perak dan Kinta (Perak).
Selain itu, cuaca yang sama itu diramal turut melanda Pasir Mas dan Machang (Kelantan) serta Maran (Pahang).
MeTMalaysia menerusi hantaran di Facebook berkata, suhu maksimum harian di kawasan berkenaan dijangka mencecah antara 35 hingga 37 selsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















