Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta peka fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, semua institusi pendidikan perlu meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal 1.

Ia termasuk menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah celsius; memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas dan memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM.

Selain itu, menggalakkan murid membawa air minuman sendiri danmenasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan; membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman; dan sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

Semua institusi terlibat juga diminta memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa.

“KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast