KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melindungi kegiatan “mafia korporat” mencetuskan kebimbangan serius terhadap integriti institusi penguatkuasaan negara, kata Albert Tei Jiann Cheing.
Katanya, ini ditambah pula dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam yang menyebut bahawa “mafia korporat bukan beroperasi secara terbuka namun, bergerak secara tersusun”.
Kenyataan tersebut ada kebenarannya memandangkan aktiviti terbabit sememangnya didakwa tersusun hasil pakatan serta perlindungan pihak tertentu, kata Albert yang merujuk kepada laporan portal Bloomberg berhubung isu tersebut pada Februari lalu.
“Situasi itu boleh disifatkan seolah-olah pepatah Melayu “pencuri menjerit ‘berhenti pencuri’ yang menggambarkan tindakan pihak tertentu yang menuding jari walaupun didakwa terlibat,” katanya menerusi hantaran terbaru beliau di Facebook, hari ini.
Ahli perniagaan kontroversi itu, keadaan semasa memperlihatkan SPRM berdepan tuduhan terlibat dalam salah laku, namun pada masa sama bertindak sebagai pihak yang menyiasat isu berkenaan.
“Institusi undang-undang negara kita kini berada dalam keadaan gelap gelita dan perkara ini amat membimbangkan,” katanya. – MalaysiaGazette
















