KUALA LUMPUR – Bekas wartawan penyiaran, Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia jam 3.30 pagi ini di kediamannya di Klang, Selangor.
BH Online melaporkan, perkara itu dimaklumkan oleh adik mendiang yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Jasbant Singh.
Mendiang yang merupakan wartawan penyiaran di TV3 sehingga bersara pada 2014 dan terkenal sebagai seorang yang lantang dalam melaporkan isu-isu alam sekitar.
Dengan kefasihan berbahasa Melayu, Karam Singh juga terkenal dengan gaya pelaporan yang menarik termasuk berpantun. -MalaysiaGazette
















