Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Karam Singh Walia atas pemergian wartawan penyiaran itu hari ini.

Menerusi hantarannya di Facebook, Anwar berkata sumbangan dan dedikasi mendiang dalam dunia kewartawanan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

“Beliau merupakan seorang wartawan penyiaran yang amat dihormati.

“Semoga mendiang disemadikan dengan aman dan keluarga diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi saat sukar ini,” katanya.

Karam Singh meninggal dunia pada pukul 3.30 pagi tadi di kediamannya di Klang.

Mendiang yang dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 1959 dan memulakan kerjaya di stesen televisyen TV3 pada tahun 1995 sehingga bersara pada 2014.

Sebelum terjun ke bidang media, mendiang merupakan seorang guru sekolah menengah dan pensyarah universiti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast