Suspek yang ditahan susulan kes syabu. - Foto IPD Mukah

MUKAH – Seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di Kampung Lintang, Balingian, Sarawak semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 1.20 tengah hari oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.34 gram.

Satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu. -Foto IPD Mukah

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh itu dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama tiga hari sehingga 9 April ini bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast