Albert Tei Jiann Cheing.

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei Jiann Cheing menuntut penjelasan segera daripada polis selepas mendakwa proses siasatan kesnya mengambil masa melebihi empat bulan tanpa dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan menerusi status penyiasatan oleh Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sepang melalui surat bertarikh 6 April 2026 namun sehingga kini tiada kejelasan mengenai tempoh masa diperlukan untuk mendapatkan keputusan daripada pihak pendakwaan.

Albert Tei dalam kenyataan berpendapat, keadaan itu memberi gambaran agensi penguatkuasaan  berkemungkinan dipengaruhi oleh arahan pihak atasan yang berkepentingan.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kekecewaan terhadap kandungan surat pemakluman polis yang tidak menjelaskan keberadaan Decoder CCTV miliknya serta tarikh pemulangannya.

Tegasnya, rakaman video yang didakwa memaparkan beberapa pegawai SPRM mengacukan pistol terhadap beliau dan ahli keluarganya akan didedahkan kepada umum sebaik sahaja peranti tersebut dipulangkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast