Logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa agensi itu menyekat laporan portal Malaysia Gazette berkaitan kes mahkamah melibatkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Sebaliknya, suruhanjaya itu menegaskan, tuduhan yang dibuat oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga dikenali sebagai Papagomo adalah tidak benar dan palsu.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak terlibat dalam kes berkenaan serta tidak pernah mengeluarkan sebarang permohonan atau arahan kepada mana-mana media atau platform untuk menyekat kandungan tersebut.

Sehubungan itu, MCMC menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap Wan Azri berhubung penyebaran dakwaan palsu berkenaan.

Menurut MCMC, pihaknya memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang boleh mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat tidak sahih.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast