KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang berbangga dan kagum dengan kehadiran dan semangat yang ditunjukkan anak-anak perantau Pahang di Lembah Klang.
Kekaguman itu ekoran suasana penuh kemeriahan di Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang Tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Ia benar-benar membangkitkan rasa bangga. Walau jauh merantau mencari rezeki, ikatan dengan negeri kelahiran tetap utuh dan tidak pernah terputus,” katanya selepas Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang Tahun 2026 yang merupakan tahun ketiga diadakan.
Selain disajikan dengan makanan, majlis yang sama turut menyediakan cabutan bertuah termasuk motosikal dan persembahan artis-artis terkenal tanah air.

Wan Rosdy seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal selaku pengerusi penganjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Sekretariat Perantau Anak Pahang serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus memastikan program yang sama.
“Semoga jalinan ukhuwah dan semangat kebersamaan ini terus subur, menjadi kekuatan kepada anak-anak Pahang untuk terus melangkah maju dan menyumbang kepada negeri, walau di mana jua berada,” kata Wan Rosdy. – MalaysiaGazette
















