Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut diserang gajah di sebuah kebun kelapa sawit di Ladang Begahak 2, Jalan Tungku, Sabahat, Sabah di sini, pukul 2 petang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, ketika kejadia,n mangsa lelaki berusia 69 tahun yang berada di kawasan kejadian bersama anaknya tidak sempat melarikan diri .

Menurut beliau, anak mangsa yang berusia 38 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sambil menjerit meminta pertolongan.

“Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati kejadian itu berlaku semasa dua beranak itu sedang menutup pagar kebun kerana ingin balik dari kebun kelapa sawit tersebut.

“Namun, tiba-tiba mereka diserang seekor gajah dan mangsa tidak sempat melarikan diri lalu dipijak oleh gajah tersebut, manakala anaknya sempat melarikan diri serta menjerit meminta tolong dan cuba mengalihkan perhatian gajah tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, sejurus kejadian mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor.

“Pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati kecederaan patah tulang kaki betis dan tulang rusuk.

“Gajah tersebut merupakan gajah tunggal dan tidak datang secara berkumpulan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast