Gambar hiasan.

TOKYO – Harga penanda aras minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI), meningkat sedikit pada hari Rabu, apabila para pedagang mengambil pendekatan tunggu dan lihat selepas kejatuhan mendadak harga minyak sehari sebelumnya.

Kedudukan terbaharu harga minyak itu susulan harapan bahawa Washington dan Tehran mungkin menyambung semula rundingan.

Harga WTI naik sebanyak 0.44 peratus kepada AS$91.68 setong, selepas merosot hampir lapan peratus pada hari sebelumnya.

Presiden Donald Trump pada Selasa berkata, rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran berkemungkinan disambung semula lewat minggu ini.

Manakala Israel dan Lubnan pula bersetuju untuk memulakan rundingan secara langsung, menandakan perkembangan di dua medan penting dalam usaha meredakan konflik di Asia Barat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast