KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengesahkan kejadian seorang murid hilang ketika sedang beriadah bersama rakan-rakannya di Pantai Balok, Kuantan, Pahang, petang semalam.
Katanya, semasa kejadian, beberapa orang murid dilaporkan keluar dari asrama tanpa pengetahuan pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti riadah yang bukan sebahagian program rasmi anjuran pihak sekolah.
“Susulan kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan dengan kerjasama pihak berkuasa bagi mengesan murid yang hilang,” kata JPN Pahang dalam satu kenyataan, hari ini.
JPN Pahang turut mendoakan agar murid berkenaan dapat segera ditemui dalam keadaan selamat. – MalaysiaGazette
















