Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang melanggar lori di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, malam tadi.

KULAI – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang melanggar belakang sebuah lori di lorong kecemasan di Kilometer 42.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat kejadian tersebut pukul 9 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda dan sebuah lori jenis Scania. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa yang berusia 21 tahun melanggar belakang lori tersebut.

“Pada ketika itu lori tersebut diletakkan di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang namun meninggal dunia semasa mendapat rawatan.

Katanya, pemandu lori pula yang berusia 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa 011-26081008.

Tambahnya, boleh juga hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.- MalaysiaGazette

Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang melanggar lori di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, malam tadi.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast