Galeri seni The Feruni Atelier memperlihatkan komitmen Feruni dalam pelbagai sudut termasuk mengubah ruang bagi memberi inspirasi kepada pengunjung. 

KUALA LUMPUR – Syarikat jubin premium, Feruni Ceramiche melakar sejarah dengan pelancaran The Feruni Atelier yang berkonsep kontemporari dalam usaha mengangkat martabat jubin yang melampaui fungsinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Feruni, Datuk C.C. Ngei berkata, The Feruni Atelier memperlihatkan komitmen Feruni dalam pelbagai sudut termasuk mengubah ruang bagi memberi inspirasi kepada pengunjung.

Menurut beliau, ruang seni ini yang direka dengan teliti bukan sekadar memaparkan permukaan jubin tetapi mampu membawa pengalaman yang bermakna bagi menyuntik ekspresi artistik dan reka bentuk.

“Setiap perincian dalam ruang luas serta imersif ini direka dengan teliti bagi merangsang deria penglihatan, bunyi serta persepsi ruang sepanjang perjalanan.

“The Feruni Atelier terungkap melalui siri segmen terpilih iaitu masing-masing dengan pengalaman ruang tersendiri yang membawa pengunjung menyelami koleksi dengan lebih mendalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

The Feruni Atelier merentasi beberapa ruang yang berbeza menawarkan naratif yang unik kepada pengunjung melalui The Immersive Tour.

Ngei menambah, teras utama The Feruni Atelier adalah persembahan kuasa transformasi seni di mana jubin berfungsi sebagai peneman kepada pengalaman yang menjadi tunjang perjalanan pengunjung.

Kata beliau, Feruni mengubah jubin bagi membenarkan seni, penceritaan dan pengalaman ruang mengambil tempat utama sebagai pengalaman seakan galeri seni yang diperhalusi di mana seni mengikut inspirasi.

Menurut beliau, bermula dengan The Theatre, ia segmen mukadimah kepada pengalaman imersif yang bakal didedahkan di dalamnya dan disusuli segmen Seni Mentransformasi Budaya mempersembahkan kolaborasi antara Feruni dan Farah Mohan dari Novak Batik.

“Segmen Seni Mentransformasi Masyarakat pula adalah kolaborasi kreatif antara Feruni dan Loka Made untuk merakam inti pati Malaysia melalui penceritaan visual.

“Sementara segmen Seni Mentransformasi Reputasi pula adalah kolaborasi antara Studio Feruni dengan jenama antarabangsa terkemuka dan segmen Seni Mentransformasi Perniagaan menawarkan pengalaman strategik di mana seni, keindahan, dan inspirasi mencipta nilai, mencetuskan emosi dan meninggalkan kesan yang mendalam,” katanya.

Feruni turut memperluaskan pengalaman The Feruni Atelier merentasi beberapa ruang yang berbeza menawarkan naratif yang unik kepada pengunjung melalui The Immersive Tour. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast