Lokasi kejadian seorang murid dikatakan terjatuh.

MELAKA – Seorang murid lelaki Tahun Lima sebuah sekolah rendah di Batu Berendam di sini cedera selepas dipercayai terjatuh dari koridor tingkat satu bangunan di Batu Berendam, di sini semalam.

Mangsas terjatuh ketika cuba mengambil kasutnya yang didakwa dilempar seorang murid lelaki yang lain.

Menurut kakak salah seorang murid, kejadian dipercayai berlaku ketika sesi persekolahan hampir tamat dan ketika hujan menyebabkan permukaan lantai serta bumbung berada dalam keadaan licin.

Remaja berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh tiga adiknya yang bersekolah di situ.

“Mengikut cerita adik yang berusia 11 tahun, sebelum kejadian ada seorang murid lain membaling kasut mangsa dari tingkat satu sebelum terjatuh ke atas bumbung laluan pejalan kaki di bawahnya.

“Mangsa kemudian cuba mengambil semula kasut tersebut namun dipercayai tergelincir akibat keadaan basah sebelum terjatuh,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.

Seorang murid lelaki Tahun 5 sebuah sekolah di Batu Berendam, Melaka cedera selepas dipercayai terjatuh dari koridor tingkat satu  bangunan sekolah di Batu Berendam, Melaka, tengah hari semalam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar tengah hari ketika murid sedang bersiap untuk pulang.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan kes berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ringkas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast