Sepasang warga emas berstatus duda dan janda berusia hampir 70 tahun dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Klebang, Melaka, tengah malam Sabtu lalu.

MELAKA – Sepasang warga emas berstatus duda dan janda berusia hampir 70 tahun dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Klebang di sini, tengah malam Sabtu lalu.

Menurut sumber, serbuan dilakukan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JAIM kira-kira 12 tengah malam hasil maklumat dan aduan awam.

“Ketika serbuan, lelaki berusia 68 tahun yang bekerja sendiri dan wanita berusia 66 tahun yang tidak bekerja itu memberi alasan  sedang dalam proses permohonan nikah.

“Pasangan terbabit yang masing-masing berstatus duda dan janda kemudian dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak.

Sementara itu, JAIM menegaskan, tindakan penguatkuasaan dijalankan bukan bertujuan membuka aib mana-mana pihak sebaliknya bagi memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai batas pergaulan serta pematuhan hukum syarak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast