Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan kerja-kerja baik pulih sistem semboyan susulan kejadian insiden kecurian kabel di kilometer 95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting yang berlaku pagi tadi telah selesai sepenuhnya pada jam 5.30 petang hari ini.

Sehubungan itu, operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) kembali beroperasi seperti biasa di laluan Sungai Siput – Kamunting.

Manakala bagi perkhidmatan KTM Komuter Utara, operasi tren bagi laluan Ipoh – Butterworth – Ipoh turut kembali beroperasi seperti biasa.

Walau bagaimanapun, KTMB menjangkakan kelewatan sementara bagi beberapa perjalanan ETS susulan proses pelarasan semula jadual dan pergerakan tren.

KTMB turut menyeru orang ramai agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau KTMB sekiranya terlihat sebarang aktiviti mencurigakan atau individu berada di kawasan landasan tanpa kebenaran.

“KTMB memohon maaf sekali lagi dan merakamkan penghargaan kepada para penumpang atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan operasi ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. -MalaysiaGazette

 

Untuk perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi KTMB. Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast